Thursday 5 September 2013

PMR is Coming !!!!!

Assalamualikum . 

    Dup Dap Dup Dap ! just tinggal beberapa hari lagi nak PMR ! tahun ni the last batch for PMR . After this , no more PMR . Waaaa . takuttt . Saya mintak maaf kepada sesiapa saja yang mengenali saya . Saya doakan calon2 PMR di seluruh Malaysia dapat jawab sebaik mungkin dan berjaya dalam PMR ni .. Doakan saya dapat jawab dengan baik semasa PMR nanti ... Grrrrr...

oklah . Tata !




Be ready Victims !


Tuesday 3 September 2013

siksaan meninggalkan SOLAT

assalamualaikum Readers ,

    tazkirah Maghrib untuk hari ni . cuma nak share pasal Siksaan Meninggalkan Solat. Mari muhasabah diri kita bersama . Sbgai umat Islam , kita tahu bahawa solat merupakan tiang agama . solat wajib ditunaikan . Solat bukan PART TIME.

1. Enam siksaan semasa di dunia
·         Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
·         Rezeki tidak diberkati
·         Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
·         Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
·         Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
·         Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

2. Tiga siksaan semasa hendak mati
·         Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
·         Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
·         Mati dalam keadaan yang sangat lapar

3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
·         Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
·         dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
·         Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir

4. Semasa hari kiamat
·         Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya

Jadi, marilah kita sama2 perelokkan solat kita. pesanan ini ditujukan kepada semua umat Islam termasuklah diri sendiri.